me myself...

My photo
hey ya,i'm Farhani,and u can call me yuya,yeah tats a nicknme,since when? erk since u read this blog la kot,law nk sedap lg pggil anjer k..hey im using rojak language,hope u all dont mind..peaceee =)

Sunday, August 22, 2010

Pengurusan Organisasi

Organisasi dapat ditakrifkan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu,kumpulan, dan organisasi. Definisi tersebut telah menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada dalam sesebuah organisasi iaitu seperti organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
a) Organisasi sebagai Unit Sosial
- Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki samada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainya.
b) Penyatuan Usaha dan Hubungan di Kalangan Pekerja
- Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang dapat menyatupadukan usaha mereka supaya mmencapai matlamat yang dikehendakinya. Sekiranya tiada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi tersebut tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Hal ini akan mengundang kepada kucar-kacir dalam persekitaran organisasi tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disasarkan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin pergerakan yang sempurna, tersusun dan berkesan dalam organisasi. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.

1 comment:

  1. 1. Penggunaan "font colour" yang tidak menarik. Warna putih adalah lebih sesuai.

    2. Pastikan ayat yang ditulis berperenggan supaya mudah dibaca.

    ReplyDelete