Sunday, August 22, 2010

Pengurusan Organisasi

Organisasi dapat ditakrifkan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu,kumpulan, dan organisasi. Definisi tersebut telah menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada dalam sesebuah organisasi iaitu seperti organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
a) Organisasi sebagai Unit Sosial
- Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki samada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainya.
b) Penyatuan Usaha dan Hubungan di Kalangan Pekerja
- Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang dapat menyatupadukan usaha mereka supaya mmencapai matlamat yang dikehendakinya. Sekiranya tiada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi tersebut tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Hal ini akan mengundang kepada kucar-kacir dalam persekitaran organisasi tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disasarkan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin pergerakan yang sempurna, tersusun dan berkesan dalam organisasi. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.

Wednesday, August 18, 2010

Pengurusan Perniagaan

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia sering dikaitkan dengan penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan boleh juga merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Pengurusan mempunyai fungsi-fungsi yang dikelaskan seperti merancang, mengatur, memimpin atau memotivasi, dan mengawal atau mengawas.
a) Merancang ialah memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan, dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.
b) Mengatur ialah menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
c) Memimpin adalah dengan menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.
d) Mengawal ialah memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dalam rancangan , serta mengubah suai rancangan tersebut.
Menurut Mary Parker Follett (1868-1933) yang menulis tentang topik pengurusan pada awal abad ke-20,"pengurusan" merupakan seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya iaitu sebagai " tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal atau tindakan untuk mencapai sesuatu maklumat yang dirancang.
Perniagaan merupakan suatu urus niaga jual beli dan tidak lebih dari itu. Seorang peniaga hanya memikirkan tentang keuntungan dan tidak akan cuba untuk mengembangkan perniagaan tersebut. Walaupun pada kebiasaanya tidak menyerlah, namun sebagai seorang peniaga mereka harus mencari strategi untuk mngembangkannya. Biasanya seorang peniaga hanya menjual barang yang telah siap sahaja dan tidak akan cuba untuk mengaplikasikan kepada suatu bentuk barang yang baru dan tidak pernah wujud.